Halaman

Raja Kayu





Raja Kayu yang baru di potong

Sekadar Petua Insya-Allah 

Raja kayu terbahagi dua, iaitu Raja Kayu Putih Dan Raja Kayu Merah. Biasanya di sekitar pokok raja kayu tidak tumbuh pokok-pokok lain. Selain Raja kayu kadang kala di tempat lain ia dikenali dengan sebutan yang berlainan seperti di Brunei di panggil Kayu tolong-tolong. Raja Kayu yang berwarna merah kekuningan ialah jenis lelaki dan yang puteh kekuningan pula adalah adalah jenis betina. raja kayu terdapat dalam bentuk jantan dan betina kerana setiap makhluk yang di cipta tuhan adalah berpasangan.


Sifat Raja Kayu-Tenggelam bila diisi ke dalam air biar pun bersaiz kecil.

Raja kayu yang sebenarnya bukanlah sejenis pokok kayu tetapi ia merupakan sejenis damar. Ia berasal dari pokok damar minyak (Agathis Alba). Raja kayu ini terdapat hanya pada dahan dahannya sahaja. Hanya pokok damar minyak yg cukup matang saja mempunyai damarnya " cuba lah kita uji dgn membakar raja kayu ini. Raja Kayu akan cair meleleh seperti kita membakar kemenyan dan tidak akan mengeluarkan abu seperti kayu biasa.

Terdapat sekurangnya 10 jenis pokok kayu damar yang biasa ditemui ia itu,Damar hitam, damar hitam bulu, damar hitam gajah, damar katuo, damar laut merah, damar minyak, damar sengkawang putih, damar siput, damar siput jantan dan damar telepuk. damar boleh didapati di kawasan hutan bukit.



Sifat Raja Kayu yang telus cahaya.

Ciri ciri pokok damar minyak (Agatis Alba) dimana pokok ini dahulunya dikenali dengan nama Sanum. Tumbuh di kawasan permatang tinggi. Batangnya besar dan tidak berbanir Kulitnya bersisik sisik, warnanya kelabu . Isinya kelabu atau merah serta berisi minyak pekat, daunnya tebal serta licin, susunannya berkembar, panjangnya 2 1/2inci berbentuk mata lembing atau panjang hujung dan pangkal daunnya. Urat daunnya selari dari pangkal sampai hujung kalau di siat, isinya seakan sutera. Buahnya pula berukuran 2 hingga 4 inci, berbentuk bulat, berwarna hitam atau unggu bersisik sisik dan bertindih tindih. Setiap biji benihnya bersayap.ada pula mereka yang mendakwa Raja Kayu adalah kayu dari jenis kayu Madang Sisik, tetapi kayu damar minyak ini lebih dikenali sebagai RAJA KAYU disebabkan kayu jenis ini membolehkan cahaya lampu menembusinya.
 Diantaranya kebaikan Raja Kayu adalah seperti berikut;


  1. Dicampur dengan minyak urut untuk melembutkan urat saraf dan melancarkan pengaliran darah.
  2. Air rebusan Raja kayu boleh memanaskan tubuh badan. Mereka yang sedang mengandung dilarang minum, kerana boleh menggugurkan kandungan.
  3. Asap kayu yang dibakar boleh menghalau hantu syaitan.
  4. Pengunaan Raja kayu sebagai tongkat, mata cincin dan sebagainya boleh membina semangat
  5. Raja Kayu digeruni oleh oleh binatang buas dan mereka berniat jahat.
  6. Dijadikan perlaris perniagaan.
  7. Melindungi keselamatan rumah.
  8. Mengukuhkan perhubungan.
  9. Penawar gigitan haiwan berbisa.
  10. Penawar dalam badan seperti cirit birit,muntah,resdung,kebas kaki/tangan dan sebagainya.
        "Segala penyakit yang diturunkan datang bersam penawarnya,maka carilah ubat sekiranya ditimpa penyakit,berusaha dan bertawakkal lah kepada Allah S.W.T "



Produk Raja Kayu berukur lilit 2 inci dan setebal 1cm
dimaharkan dengan harga
RM55.00 sahaja
termasuk penghantaran.